Perubatan Molekul Transformasi Penjagaan Kesihatan, Kata NC

01
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 27 Nov 2015 – Perubatan Molekul telah transformasi penjagaan kesihatan dan membawa impak tinggi terhadap pengurusan pesakit.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata pengurusan pesakit melibatkan perubatan molekul dengan menggunakan alat-alat berteknologi tinggi yang digunakan untuk menganalisis penyakit dan profil pesakit.

“Bagi saya, kesan terbesar untuk apa-apa disiplin adalah dari segi transformasi dalam penjagaan kesihatan atau dari segi meningkatkan pengurusan pesakit.

“Jika ini adalah kekuatan UMBI (Institut Perubatan molekul UKM), maka ia perlu diterjemahkan dengan mengubah cara kita mengamalkan perubatan dalam negara terutamanya di hospital kita sendiri (Hospital Canselor Tuanku Muhriz) di Cheras,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Serantau Ke-6  Mengenai Perubatan Molekul  (RCMM) Sempena Persidangan Negara Ke-2  Penyelidikan Kanser di sini pada 23 Oktober lepas.

Katanya beliau gembira kerana UMBI telah menyediakan perkhidmatan analisis diagnosis dan molekul genetik di hospital untuk pesakit seperti Talasemia, Epilepsi dan kanser.

Prof Noor Azlan berkata beliau juga gembira kerana UMBI telah memulakan program saringan kanser kolorektal menggunakan pengesan darah maya dalam najis atau ujian darah dalam najis (fecal occult blood testing, FOBT).

“Sebagai ahli ekonomi, saya sedar kos penjagaan kesihatan adalah tinggi dan bajet untuk ini adalah terhad. Malaysia membelanjakan kira-kira empat peratus KDNK untuk kesihatan dan kita bernasib baik kerana kesihatan telah diberi subsidi yang tinggi di Malaysia.

“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengambil kesempatan tetapi kita perlu menjalankan penyelidikan bagi mencari rawatan yang lebih baik pada kos yang lebih rendah atau rawatan yang akan memanjangkan kelangsungan hidup pesakit supaya ia akan meningkatkan produktiviti mereka (pesakit),” katanya.

Beliau juga memberitahu bahawa aspek pencegahan perlu ditingkatkan supaya masyarakat dapat mengurangkan peningkatan penyakit-penyakit kronik.

Dalam perkembangan yang sama, Prof Noor Azlan berkata UMBI yang merupakan salah satu Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi telah menjalankan kerjasama dengan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoteknologi (IMEN) dan mempunyai penerbitan bersama-sama baru-baru ini.

“Walaupun tumpuan penyelidikan program HICoE untuk UMBI adalah Cancer Biomarkers dan tumpuan penyelidikan untuk IMEN adalah buah pinggang tiruan, tetapi kedua-dua institut ini telah melakukan penyelidikan bersama-sama,”  katanya.

Persidangan tiga hari tersebut telah menghimpunkan 25 penceramah cemerlang dari dalam dan luar negara termasuk Australia, Singapura, Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat and United Kingdom.ukmnewsportal-bm
02

03