PIDD 2016 Tumpu Pertumbuhan Ekonomi yang Lestari

1
Oleh Asmahanim Amir
Gambar oleh Ikhwan Hashim

IPOH, 27 September 2016 – Pangkor International Development Dialogue (PIDD) 2016 yang diadakan baru-baru ini, memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi yang lestari dalam memastikan pertumbuhan ekonomi lebih berdaya tahan.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata PIDD adalah satu jenama baru yang menjadi platform bernilai tinggi untuk pembuat polisi, penyelidik dan pemegang taruh dalam membincangkan perkara-perkara utama dalam pembangunan negara.

“Antara isu yang dibincangkan adalah pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan, inklusif dan lestari.

“Maksudnya kita mahukan pertumbuhan yang kukuh, ekonomi yang berdaya tahan tetapi yang lebih penting adalah pertumbuhan itu mestilah memberi manfaat sebanyak mungkin kepada masyarakat,” katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian PIDD 2016 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Ini adalah kali ke-empat PIDD dianjurkan oleh kerajaan Negeri Perak dan kali ke-dua UKM menjadi rakan strategik bersama Institut Darul Ridzuan (IDR).

Beliau berkata sepanjang berlangsungnya PIDD 2016, UKM yang menjadi penganjur bersama telah menyusun pelbagai program termasuklah menajdi panel bagi beberapa forum yang dijalankan dengan mempamerkan kekuatan penyelidikan dan memperkenalkan univeristi kepada masyarakat Perak.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Prof. Dr. Norman Mohd Saleh melihat penglibatan UKM dalam PIDD sebagai sangat signifikan  kerana disamping dapat membantu IDR dari segi penganjuran persidangan, UKM juga turut mendapat manfaat dari segi perhubungan dan kelilmuan menerusi persidangan-persidangan yang diadakan.

Hampir 100 pembentang yang terdiri daripada hampir 20 negara termasuk India, Dhaka, Jepun, China, Thailand, Filipina, Sweden dan Timur Tengah telah mengambil bahagian dalam persidangan tersebut.

PIDD 2016 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Diraja Dr Zamry Abd Kadir.ukmnewsportal-bm
2

3

4