Pro Aspirasi Menang Pemilihan Pelajar Sesi 2015/2016

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Abdul Raai Osman, Ikhwan Hashim, Izwan Azman

BANGI, 17 Sept 2015 – Pro Aspirasi yang yang bertanding untuk 31 kerusi pada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2015/2016 telah melakar keyajaan cemerlang apabila memenangi 26 kerusi termasuk satu kerusi menang tanpa bertanding.

Kerusi yang menang tanpa bertanding ialah Kerusi F3.17, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Pada pemilihan MPP yang diadakan pada 15 September lepas, sembilan daripada 10 Kerusi Umum yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Pro Aspirasi manakala satu kerusi dimenangi oleh Gabungan Mahasiswa.

Untuk Kerusi Fakulti, daripada 21 kerusi yang dipertandingkan, sebanyak 17 kerusi dimenangni oleh Pro Aspirasi manakala selebihnya adalah dipegang oleh Gabungan Mahasiswa.

Pemilihan MPP sesi 2015/2016 menyaksikan 64 calon bertanding merebut 31 kerusi yang dipertandingkan iaitu masing-masing 10 Kerusi Umum dan 21 Kerusi Fakulti.

Tinjaun Portal Berita UKM di sekitar kampus mendapati proses pemilihan yang bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar.

Pengumuman dibuat kira-kira jam 12.30 pagi 16 September oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal di Dewan Gemilang.

Turut hadir pada sesi pengumuman itu ialah Naib Canselor Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali, dan Timbalan-timbalan Naib Canselor lain UKM. ukmnewsportal-bm

2

3

4

5