Saintis UKM Kaji Perubahan Iklim Di Kutub Selatan

04
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

SEPANG, SELANGOR, 13 Jan 2016 – Dua saintis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang dalam perjalanan ke Antartika untuk ekspedisi 22 hari mengkaji hubungan antara Perubahan Iklim dan Kutub Selatan.

Dr Goh Thian Lai dan Dr Mohd Shahrul Mohd Nasir adalah antara lapan penyelidik Malaysia dari enam universiti tempatan yang bertolak  ke Ushuaia, Argentina di mana mereka akan belayar ke Antartika pada 18 Januari.

Dr Goh, seorang pakar geologi berkata beliau akan meneliti hubungan antara Perubahan Iklim dan Geologi di Kutub Selatan.

“Saya perlu menentukan sama ada terdapat hubungan antara batu-batu dan gas terhadap penipisan lapisan ozon. Dr Shahrul, dari Institut Perubahan Iklim UKM, akan mengkaji komposisi udara di sana untuk melihat sama ada terdapat peningkatan dalam tahap karbon dioksida, yang boleh mengakibatkan lapisan ozon berkurangan,” jelas beliau.

Dr Goh dan Dr Shahrul menyertai para penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU).

Anggota ekspedisi yang lain ialah Dr Mohamad Huzaimy Jusoh (UiTM), Dr Emienour Muzalina Mustafa (UM), Dr Foong Swee Yeok dan Muhammad Hilal Mohd Zainuddin (USM), Dr Wan Mohd Soon Wan Hussin (UMT), dan Aniqah Zulfa Abdul Latif (IMU).

Kerjasama ini yang digelar Ekspedisi Penyelidikan Antartika Malaysia 2016, dianjurkan dengan kos belanja sebanyak RM450,000 dan merupakan yang pertama dibiayai oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI).

Di Ushuaia, yang merupakan ibu negeri wilayah Tierra Del Fuego di Argentina, pasukan itu akan mengambil berlayar dengan kapal Australis, yang dikuasakan oleh kedua-dua layar dan enjin diesel pada Pada 18 Januari selama empat hari ke Antartika melalui laluan Drake’s Passage, laut yang paling bergelora di dunia.

Mulai 22 Januari, ahli-ahli sains tersebut, yang akan disertai oleh tiga anak kapal dari Australia, akan melawat beberapa kawasan pantai, dengan masing-masing melakukan penyelidikan mereka sendiri di benua itu, manakala ada juga yang akan berada di bumi.

Mereka akan meneroka lapan kawasan di benua Antartika King George Island, Greenwich Island, Deception Island, Davis Coast, Danco Coast, Graham / Loubet Coast, Adelaide Island, dan Barry Island.

Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 14 Februari.

Pasukan ini telah bertemu dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, yang menyerahkan Bendera  Jalur Gemilang kepada mereka untuk dikibarkan di kem pangkalan mereka di Antartika.

Ini adalah ekspedisi pertama yang dianjurkan oleh MOSTI-YPASM dan juga melibatkan bantuan dari beberapa agensi antarabangsa seperti Pusat Antarabangsa bagi Sains Cuaca Angkasa serta Pendidikan (ICSWSE), Kyushu University, Institut Penyelidikan Kutub Korea (COPRA) dan Tinjauan Antartika British (BAS).ukmnewsportal-bm

01

02

03