Satu Kampus Heboh Dengan Pembiayaan KITA Oleh Airbus

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

UKM Abuzz over KITA’s Funding From World’s Biggest Aerospace Company.jpg1BANGI, 3 April 2015 – Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mendapat pembiayaan dari salah satu syarikat Aeroangkasa terbesar di dunia, Airbus.

Felo Utama KITA Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong berkata berikutan memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangani baru-baru ini antara KITA dan Airbus, penyelidik KITA ditugaskan menguji sistem latihan realiti maya bagi industri aeroangkasa dari perspektif psikologi dan antropologi.

Ketika bercakap pada majlis Program Bicara Idea UKM 2015 daripada para penyelidik di sini pada 26 Mac, beliau menyifatkan kejayaan  mendapatkan endowmen tersebut sebagai usaha murni Pengarah KITA Profesor Ulung Prof Dato’ Dr Shamsul Amri Baharuddin meyakinkan syarikat-syarikat Eropah supaya menggunakan penyelidikan UKM dalam bidang antropologi dan psikologi.

Kejayaan itu, katanya, menunjukkan bahawa penyelidikan KITA berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan penubuhan makmal Antropologi bersama Teknologi, atau Antropoteknologi, telah membuahkan hasil.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan berapa banyak endowmen itu bernilai.

Prof Teo menerangkan Antropoteknologi sebagai dua konsep: teknologi sentiasa dipengaruhi budaya, dan setiap unit pengeluaran adalah sistem sosio-teknikal.

KITA sedang menjalankan penyelidikan Antropoteknologi melalui   kumpulan pakar perundingan baru Antropotek, untuk membantu syarikat-syarikat meningkatkan reka bentuk produk dan strategi Sumber Manusia, berdasarkan kajian sains sosial.

Beliau menyatakan bahawa konsep utama Antropoteknologi adalah  menyesuaikan teknologi untuk penggunanya, atau pengguna perlu berubah untuk disesuaikan dengan teknologi.

Antropotek sedia membantu para pelanggan dalam mereka bentuk produk atau perkhidmatan baru, dan pengurusan sumber manusia.

Untuk reka bentuk produk atau perkhidmatan, Antropotek melakukan  kajian pra-reka bentuk yang menggabungkan konsep kepelbagaian setempat ke dalam reka bentuk dan fungsi produk atau perkhidmatan tersebut, bagi meningkatkan kebolehpasaran kepada pelanggan yang disasarkan.

Untuk pengurusan Sumber Manusia, Antropotek memberi tumpuan kepada kesesuaian kerja dan prestasi di tempat kerja.

Prof Teo berkata Antropotek tidak campur tangan dalam kemahiran teknikal, tetapi menumpukan kepada nilai-nilai, profil personaliti dan laluan sosialisasi untuk tenaga kerja merapatkan jurang antara objektif korporat dan kehendak individu-individu.

Bagi KITA, Prof Teo berkata semua hasil penyelidikan oleh ahli-ahlinya sering dikongsi melalui seminar dan penerbitan.

“Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan rakan-rakan yang mempunyai matlamat yang sama dari seluruh pelosok dunia untuk manfaat tamadun kita. Kami mengalu-alukan cadangan, penyelidikan bersama, jaringan dan kerjasama bagi pembangunan wacana intelektual dan tujuan perpaduan sosial,” beliau menjelaskan.

Terdapat lima penceramah pada Bicara Idea ini. Ada yang bicara mengenai kejayaan tempat kerjanya dalam cara bergaul antara kakitangan, manakala ada pula yang menyampaikan kaedah memotong kos dalam rawatan pergigian.

Antara mereka  ialah Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, Prof Madya Dr Madeline Berma, yang bercakap mengenai penstrukturan semula organisasinya.
ukmnewsportal-bm