Seminar Antarabangsa Teknologi Automotif Masa Depan Kumpulkan Pakar UKM dan UDE


Oleh Asmahanim Amir
Foto oleh Shahiddan Saidi

BANGI, 12 Februari 2019 – Seminar Antarabangsa Teknologi Automotif Masa Depan, yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Fakulti Kejuruteraan, Universiti Duisburg-Essen, Jerman, telah mengumpulkan pakar-pakar dari kedua-dua universiti itu dalam mempromosikan dan berkongsi pengetahuan serta idea baru dalam teknologi automotif.

Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dato’ Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, kemajuan pesat dalam penggunaan kenderaan elektrik dan teknologi autonomi pemanduan disusun untuk merevolusikan cara dan pergerakan pemandu.

“Selain itu, penggunaan kenderaan elektrik dijangka akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida secara mendadak, dengan itu ia dapat mengurangkan kesan pemanasan global,” katanya semasa menyampaikan ucapan di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi di sini.

Beliau berkata, di Malaysia baru-baru ini, usaha bersepadu oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan (R&D) di universiti dan industri tempatan dalam bidang berteknologi tinggi tersebut (automotif).

“Adalah menjadi harapan kami seminar ini akan menjadi pemangkin bagi aktiviti R&D yang kolaboratif dan berkesan dalam kalangan para peserta, terutamanya dengan rakan kongsi kami dari Jerman- Universiti Duisburg-Essen,” katanya.

Prof. Dato’ Dr Mohd Ekhwan berkata, seminar tersebut adalah sangat bertepatan dengan perkembangan terkini industri automotif di dunia.