Seni Keperluan Khas, Ihsan UKM

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto FSK

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (FSK UKM) menganjurkan bengkel seni untuk orang kurang upaya di Balai Seni Visual Negara (BSVN) di Kuala Lumpur hari ini.

Lima puluh kanak-kanak istimewa telah mengambil bahagian dalam bengkel seni yang dianjurkan oleh Program Sains Pertuturan, Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi dengan kerjasama BSVN yang digelar ‘Komunikasi Melalui Seni: Jom Cipta Untuk Berkomunikasi’.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada bazar Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) yang ditaja oleh BSVN, termasuk sesi perkongsian dengan pakar-pakar profesional Terapi Pertuturan-Bahasa (SLT) dan ahli patologi pertuturan-bahasa (SLP).

Kemasukan adalah percuma dan ibu bapa atau penjaga peserta boleh berunding dengan pakar SLT dan SLP, mengenai kaedah terbaik mendidik anak  mereka.

Dr Juriza Ismail dari Fakulti Perubatan, UKM menyampaikan syarahan mengenai kelewatan pertuturan dan peranan pakar kanak-kanak, manakala pakar terapi pertuturan Dr Iffah Rashida bertemu dengan ibu bapa yang ingin tahu mengenai persekolahan anak-anak mereka dengan keperluan khas, sementara Sherin Sockmun memberi nasihat tentang mengajar bahasa dengan cara yang menyeronokkan.

Seorang ibu peserta, yang hanya dikenali dengan nama Sheila, berkata anak lelakinya yang berusia sembilan tahun ada masalah pembelajaran dan sukar menumpukan perhatian kepada tugas yang paling mudah.

“Saya diberitahu keadaan beliau adalah sementara sahaja, dan dia mungkin bertambah baik dengan masa. Tetapi saya agak bimbang,” katanya.

Galeri seni adalah tempat seni rasmi Malaysia untuk bengkel dan pameran. Bahan pameran galeri seni memaparkan hasil karya  tempatan dan luar negara serta fotografi. Ia juga menganjurkan kelas seni untuk kanak-kanak.

1MCAT mempamerkan pelbagai peragaan dan aktiviti, yang menampilkan karya-karya artis tempatan dibentangkan dalam pelbagai media dengan teknik yang menggambarkan budaya berwarna-warni Malaysia.ukmnewsportal-bm

2

3

4