SMK Simpang Kuala Juara Program Pintar UKM Modul IG-HOME
Oleh Radzuan Ghazali
Foto Ikhwan Hashim
ALOR SETAR, 13 Ogos 2018 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala, Alor Star menjuarai Program Pintar-UKM menerusi Teknologi Hijau dan Berterusan modul IG-HOME 2018 (Program Pintar UKM Sustainabality and Green Technology Through IG-Home Module Fasa 2 2018) dengan menewaskan lima buah sekolah lain dalam sesi pembentangan akhir projek berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di Alor Star, Kedah baru-baru ini.
Naib Juara jatuh kepada SMK Paya Kemunting manakala tempat ketika disandang oleh SMK Muadzam Shah. Johan menerima hadiah wang tunai RM1, 000, Naib Johan RM 750.00 dan ketiga RM 500.00 berserta plak dan sijil penghargaan.
Enam buah sekolah layak membentangkan projek di peringkat akhir projek tersebut termasuk SMK Darul Aman, SMK Pokok Sena 2 dan SMK Tunku Sofiah. Tujuh belas sekolah sekitar negeri Kedah terpilih dalam progek IG-HOME ini.
Projek ini anjuran Yayasan Pintar dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim (PI) dan Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Lestari (SUTRA), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Tan Sri Arshad Ayub. Hadir sama, Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali; Penasihat Pendidikan Khazanah Nasional Berhad, Dato’ Satinah Syed Saleh; Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Masyarakat dan Industri) UKM, Prof Dato’ Dr Imrah Ho Abdullah; Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Rozaini Ahmad dan Ketua Projek Pintar-UKM, Shahrom Md Zain.
Terdahulul, Naib Canselor UKM, Pro Tan Sri Dr Noor Azlan berkata, program seumpama ini memberi impak besar dalam mendidik masyarakat tentang inovasi dan lestari iaitu untuk menjadikan rumh kediaman bercirikan kelestarian serta isu rumah yang mengamalkan gaya hidup yang lestari.
Katanya, selain aktiviti di sekolah bersama pelajar aktiviti IG-HOME juga dirangka dengan menggalakan penglibatan pelbagai pihak serta ahlli keluarga, Persatuan IbuBapa (PIBG) dan agensl luar yang membantu menjayakan projek yang diatur.
“Saya yakin sumbangan penyelidikan dari Yayasan Pintar telah memberi impak yang besar kepada masyarakat umum dalam mendidik mereka tentang inovasi rumah lestari untuk menjadikan rumah kediaman yang bercirikan keletarian selain gaya hidup yang lestari.
Saya yakin projek seumpama ini akan dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan dari sekolah kalau dibandingkan fasa dua ini hanya 17 buah sekolah, 34 guru dan 737 pelajar sekolah untuk tahun hadapan dan seterusnya menjayakan IG-HOME ini dengan lebih maju dan berjaya”, jelas beliau.
Sementara itu, Tan Sri Arshad dalam ucapannya berkata, Yayasan Pintar sentiasa menyokonh usaha murni UKM dan IPI dalam memupuk kesedaran alam sekitar dan berharap lebih banyak pihak terlibat dalam memelihara dan memuihara eko-sistem yang mampan.
Menurut beliau, penerimaan ilmu yang telah dkumpul dan dikongsi bersama dalam program IG-HOME akan dapat diaplikasikan secara berterusan oleh semua pihak baik di sekolah ataupun dirumah.
“Pihak kami akan menitikberatkan pembangunan hollsitik para pelajar sekolah PINTAR. Kerjasama dengan pihak UKM akan meningkatkan motivasi dan kejayaan pelajar sekolah bekerpeluan tinggi melalui pendidikan sejajar dengan cita-cita negara untuk membangunkan modal insan yang bresedia menghadapi cabaran abad ke-21.
UKM dan Yayasan Pintar akan terus berkejasama dan berganding bahu dalam mengadakan pogram seperi ini pada masa akan datang selain akan terus mencapai kejayaan bagi menyumbang dan membawa perubahan kepada masyarakat”, kata beliau.