TPPA Buka Peluang Pekerjaan Lebih Luas di Malaysia – Naib Canselor

01
Oleh Asmahanim Amir
Foto Abd Raai Osman

BANGI, 18 Jan 2015 – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kerana menggunakan dasar pasaran terbuka.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata jika sesebuah negara mengeksport produk-produk yang lebih canggih, ertinya negara itu memerlukan kekuatan kemahiran yang lebih canggih.

“Jadi ini menjadi dorongan kepada tenaga kerja di Malaysia untuk meningkatkan produktiviti, keupayaan dan daya saing dalam penghasilan produk yang akan dieksport,” katanya kepada media dalam sidang akhbar khas berkenaan TPPA di sini pada 13 Jan lepas.

Beliau berkata apabila Malaysia membuka pasaran bererti lebih banyak lagi produk yang akan dihasilkan oleh negara.

“More product can be exported to more destination. Itu akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Jadi apabila Malaysia dilihat sebagai destinasi pelaburan yang berkualiti tinggi, pelaburan yang datang dari luar negara juga akan mencipta pekerjaan-pekerjaan baru,” jelasnya.

Tambah beliau, rakyat Malaysia juga harus bersedia untuk meningkatkan keupayaan dalam produktiviti kerja.

“Itu memang hasrat kita walaupun tanpa TPPA. Kita bercakap tentang modal insan yang berkualiti tinggi, berproduktiviti, berinovasi dan mempunyai R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang tinggi. Itulah bentuk ekonomi yang akan ke hadapan.

“Kita lihat negara-negara maju di dunia semuanya mengamalkan pasaran terbuka. Terdapat hubungan yang sangat kuat antara pendapatan per kapita dengan keterbukaan ekonomi,” katanya.

Prof Noor Azlan yang juga merupakan Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara menjelaskan bahawa negara yang terbuka umumnya mempunyai pendapatan perkapita yang lebih tinggi.

“Jadi, keterbukaan itu secara umumnya adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kita. Sudah tentu ia bukan mutlak menjanjikannya, tetapi kita juga harus ada usaha.

I mean if the door are open and you don’t enter it, itu memang masalah kita. It cannot be when economy increase, the production also increase. Tapi rata-ratanya akan membawa kepada pertumbuhan atau peningkatan peluang pekerjaan,” katanya.

Jelasnya, apabila TPPA dilaksanakan ia akan membuka pasaran dan eksport akan meningkat dan itu adalah sesuatu yang baik.

“Malaysia tidak boleh bergerak selama-lamanya atas dasar lebel incentive industry. Apa yang perlu kita buat adalah tingkatkan kemahiran pekerja-pekerja kita supaya semua orang dapat bergerak dengan transformasi ekonomi.

“Bagi saya with or without TPPA, is not an issue at all. Jadi apabila segelintir pihak yang mempertikaikan tentang kelebihan TPPA, bagi saya ia perlu dibincangkan dan perlu dibuat analisi yang lebih mendalam,” terangnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mengulas tentang peningkatan sara hidup selepas TPPA ditandatangani.

“Saya tidak nampak TPPA satu faktor mutlak kepada pergerakan harga barang naik atau turun. Kita perlu faham bahawa hubungan ekonomi ini bukan mutlak dan ada banyak perkara yang mempengaruhinya,” katanya.

Beliau berkata pergerakan ekonomi sesebuah negara yang menjadi penentu kepada gerakan harga akan berlaku.ukmnewsportal-bm
02

03