UKM ‘A’ Pertahan Juara Kriket 2020

UKM ‘A’ 2020 Criket Champions Again.jpg1Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shaiddan Saidi

KLANG, SELANGOR, 28 Mac 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ‘A’ kekal sebagai juara saingan kriket Twenty20 UKM 2015 dengan kemenangan 52 larian ke atas UKM ‘B’ dalam babak akhir di Bayuemas Oval di sini hari ini.

Seperti mana perlawanan akhir tahun lalu, UKM ‘A’ masih mampu mengatasi semua cabaran sepanjang sesi pukulan. Pasukan juara ini menghimpun 147 larian dalam 19.5 over. UKM ‘B’ hanya mampu mengejar setakat 95 larian.

Pemain berasal dari Kampung Gadong, Rembau, Faizal Abu Hassan dinobat  pemain terbaik kejohanan berpandukan aksi cemerlang sebagai pemukul.

Dalam pertemuan penentuan tempat ketiga, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menumbangkan Asia Pacific University ‘B’ dengan 65 larian.

Sebanyak tujuh universiti tempatan bersaing dalam acara tahunan yang dianjurkan oleh UKM. UKM merupakan pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

KEPUTUSAN:

Penentuan Ketiga

UIA kalahkan Asia Pacific University B dengan 65 larian.

UIA 157-8 (20 over) Mohammad Qassim 45, Mahmudur Rahman 30.  Rezwanur Rahman 3-34, Javeed Mohammad 2-22.

Asia Pacific University ‘B’ 92 for 17 overs Hussain Nisthar 22, Nik Nazran Sufri Anuay 21.  Mohammed Aktaruzzaman 4-20, Hassan Ali Khan 3-9.

Pemain terbaik: Mohammad Qassim (UIA).

Babak Akhir

UKM ‘A’ kalahkan UKM ‘B’ dengan 52 larian.

UKM ‘A’ 147 (19.5 over) Faizal Abu Hassan 46, Adam Zulkifli 35, Faruq Hakimin Azmi 34.  Nik Nabil Safwan Anuay 5-27, Mahadi Muda 3-31.

UKM B 95-9 (20 over) Fitri Sham 34, Hameedur Rahman 14.  Faruq Hakimin Azmi 2-18, Asyraf Naim M. Sham 2-19.

Pemain terbaik babak akhir: Faizal Abu Hassan (UKM ‘A’).

Pemain terbaik kejohanan: Faizal Abu Hassan (UKM ‘A’).

ukmnewsportal-bm