UKM – Amerika Latin Tingkatkan Kerjasama

1
Oleh Radzuan Ghazali
Foto : Abdul Raai Othman

BANGI, 19 Oktober 2016 – UKM mempertingkatkan kerjasama dengan Amerika Latin, khususnya Equador, dalam hubungan dua hala yang dipercayai akan memberikan manfaat kepada kedua belah pihak.

Demikian perkara yang dibincangkan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan Rektor Universiti Ixtlahuaca, Equador, Prof. Ortego Margharoti Ballesteroes di Seminar Antarabangsa Pengajian Asean dan Amerika Latin yang diadakan di UKM, baru-baru ini.

Antara lain, kerjasama akan melibatkan penyelidikan tenaga solar yang juga dianggap sebagai batu loncatan kepada UKM mengembangkan bidang penyelidikan di negara tesebut.

Prof. Datuk Dr. Noor Azlan dalam ucapannya ketika merasmikan seminar tersebut berkata, UKM turut sama mempertingkatkan hubungannya dengan negara Argentina dan Brazil.

Hadir sama di persidangan tersebut adalah Ketua Pengarah Jabatan Hubungan Amerika dan Pasifik Selatan, Kementerian Luar Negeri Kedutaan Thailand, Duta-duta Amerika Latin, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, Prof. Dr .Rashila Ramli dan Ketua Pusat Pengajian Amerika Latin, Prof. Madya Dr. Zarina Othman.ukmnewsportal-bm
2