UKM Bantu Bangladesh Rawat Pesakit Mata

1
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Foto  Abd Ra’ai Osman

BANGI, 11 Mac 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institute of Community  Ophthalmology (ICO) Banglasdesh, ingin bergabung tenaga untuk membantu rakyat Bangladesh yang mengalami penyakit mata, kata Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Kerjasama itu termasuk pertukaran para pelajar Oftalmologi yang mana siswazah   UKM melakukan khidmat masyarakat di Bangladesh, beliau berkata selepas kedua-dua institusi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini, untuk kerjasama tersebut

Prof Noor Azlan menegaskan bahawa kedua-dua institusi dijangka berkongsi kepakaran, menggalakkan program dua hala dan adakan pertukaran pelajar supaya mereka didedahkan kepada pengalaman sebagai warga global.

Sementara itu Pengarah ICO Profesor Dr Moniruzzaman Osmani, berkata mereka akan menjalankan Penyelidikan Sains Optometri dan Visual di UKM.

Menurut Dr. Moniruzzaman, Bangladesh memerlukan lebih ramai pakar bedah mata.

“Dari MoU ini juga, kita adakan program bertukar pelajar, serta menjalin  laluan untuk kakitangan pakar mata dan penjagaan mata yang lain yang benar-benar boleh menyumbang dalam mengurangkan cacat penglihatan di kedua-dua negara,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah dan Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Profesor Dr Baharudin Hj Omar, bersama-sama dengan para pensyarah dan profesor Jabatan Oftalmologi, UKM.ukmnewsportal-bm
2

3