UKM Buka Pentas Forum Tanpa Mengira Latar Belakang Politik


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 24 Mei 2018 – Univeriti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka ruang untuk perdebatan yang sihat tanpa mengira parti politik.

Ini dibuktikan dengan membuka pentas debat melalui Forum Bicara Persada ke-44 yang bertajuk Pasca PRU 14: Ke Mana Kita Selepas ini.

Forum tersebut telah membariskan ahli panel yang terdiri daripada ahli akademik dan wakil dari parti politik yang berbeza.

Mereka adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Saifudin Abdullah,  Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, Felo Penyelidik, Institut Kajian Etnik (KITA) UKM< Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria dan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali..

Forum tersebut telah dikendalikan oleh Pensyarah UKM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Agus.

Dalam forum tersebut, semua ahli panel telah memberi hujahan yang menarik tanpa mengira parti poltik yang diwakili.

Walaupun topik yang dibincangkan itu agak panas, tetapi perdebatan itu dilakukan dengan jayanya dihadapan lebih 200 penonton.

Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali dalam ucapannya berkata, UKM akan sentiasa membuka ruang bicara dan perdebatan dalam membincangkan sebarang isu semasa tanpa mengira latar belakang.