UKM Himpun Pakar Bedah Hidung Dunia

1
Oleh: Nastura Nasir
Gambar oleh: Shahiddan Saidi

BANGI, 9 Disember 2016 – Jabatan Otorinolaringologi dan Pembedahan Kepala dan Leher Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan simposium ke-sembilan International Symposium on Recent Advances in Rhinosinusitis and Nasal Polyposis (ISRNP) 2016 yang menghimpunkan pakar-pakar pembedahan hidung yang tersohor dari seluruh dunia.

Menurut Naib Canselor UKM, Prof Datuk Noor Azlan Ghazali, simposium ini merupakan platform untuk berkongsi pengetahuan mengenai amalan terbaik, teknologi baharu, inovasi dan teknik pembedahan baru dalam rawatan rinosinusitis yang kronik.

Pakar perubatan dari seluruh dunia ini juga berkongsi ilmu teknik pembedahan endoskopik melalui demonstrasi kadaver yang secara tidak langsung akan membanru meningkatkan mutu rawatan pesakit rhinosinusitis.

Canselor UKM, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan  berangkat ke Majlis Santapan Simposium tersebut.

Simposium tiga hari ini menghimpunkan lebih 200 orang peserta dengan 50 orang penceramah antarabangsa termasuk pakar dari Itali, United Kingdom, India dan Greece.ukmnewsportal-bm
2

3