UKM – IDIA Perluas Kerjasama

1
Oleh Radzuan Ghazali
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 9 Ogos 2016 – Kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran staf dan penerbitan adalah tiga fokus utama yang akan diberikan tumpuan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Dirosat Islamiyah Al-Amien (IDIA) yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), baru-baru ini.

MoU ini membuka jalan sebagai platform untuk kedua-dua institusi bergerak bersama-sama mengembangkan kajian dalam bidang keislaman dengan lebih luas dan terbuka.

MoU tersebut ditandatangani sempena Majlis Perasmian Simposium Peradaban Islam 1.0 bertemakan Integrasi Ilmu dalam Membangunkan Peradaban Islam anjuran Persatuan Siswazah Hadahari – Nadi Hadhari yang dirasmikan oleh Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal.

Ketika berucap merasmilkan simposum tersebut, beliau berkata, tema yang digunakan adalah bertepatan dengan UKM bagi menyediakan fahaman sempurna tentang penyelidikan seterusanya menyelesaikan pemasalahan masyarakat secara akademik mengikut ajaran Islam.

Beliau berkata usaha ini bertepatan dengan kedudukan agama Islam yang temaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, sebagai agama persekutuan Malaysia dan UKM dengan slogan Pendaulat Amanah Negara.

“Saya berharap somposium ini mampu menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan agama Islam dan tidak memisahkan agama ini daripada aktiviti penyelidikan.

“Hal ini kerana, penyelidikan dalam berbagai ilmu berasaskan Islam perlu diketengahkan supaya mahasiswa memahami dan menyedari kedudukan sebenar ilmu dalam Islam”, katanya.

Simposium dua hari tersebut turut menyaksikan pembentangan 28 kertas kerja oleh pelajar-pelajar siswazah Institut Islam Hadhari dan jemputan luar.ukmnewsportal-bm

2

3