UKM Lakukan Saringan Kesihatan Kepada Petugas Keselamatan
Oleh Asmahanim Amir
Foto Siti Suraya Sulaiman
BANGI, 24 Mac 2020 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sentiasa memastikan langkah berjaga-jaga diambil apabila membuat saringan kepada sembilan petugas keselamatan yang perlu bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Mereka menjalani saringan tersebut di kaunter saringan COVID-19 Pusat Kesihatan Univeristi di Kolej Ibu Zain. Keputusan ujian saringan mendapati kesemua mereka adalah negatif wabak COVID-19.
Saringan kesihatan ini dilaksanakan dari semasa ke semasa terhadap petugas keselamatan memandangkan mereka sentiasa berhadapan dengan orang awam yang mengunjungi UKM untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu.
Petugas yang perlu bertugas atau orang awam yang hadir ke UKM perlu menjalani pemeriksaan suhu di pintu masuk utama UKM bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada suhu normal.
Jika suhu melebihi 38 darjah celcius, mereka tidak dibenarkan memasuki kampus UKM. Ini bagi mencegah sebarang kemungkinan yang tidak diingini.