UKM Latih Guru dari Kepulauan Pasik Selatan Ajar Perubahan Iklim

1

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Pic Shahidan Saidi

BANGI, 7 Mac 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dipilih oleh  Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk melatih  guru-guru dan pensyarah dari kepulauan Fiji, Niue, Palau, Tonga dan Tuvalu tentang Pendidikan Perubahan Iklim.

Program tersebut, yang dibiayai oleh UNESCO adalah berbentuk latihan kepada pelatih (ToT) dan merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran untuk menggalakkan Kerjasama Selatan-Selatan.

Jurulatih yang terlibat adalah pensyarah dan penyelidik dari Institut Perubahan Iklim (IPP) UKM yang diketuai oleh Timbalan Pengarahnya Prof Madya Dr Mohd Nizam Mohd Said.

“Latihan akan diberikan berdasarkan modul yang direkabentuk khas oleh IPP,” kata Dr Nizam.

Salah seorang peserta, Oto Ota Tata Fu, guru Fizik di Nuku’alofa, Tonga, menyatakan rasa bertuah kerana terpilih untuk menyertai program tersebut.

Beliau berkata kejadian siklon tropika Ula baru-baru ini telah memupuk minat penduduk Tonga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perubahan iklim dan bagaimana mereka boleh menghadapinya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar dan Pengarah IPP Prof Datuk Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah.

ukmnewsportal-bm
2

3