UKM Menang Lima Anugerah Buku Negara 2019


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 5 April 2019 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Penerbit UKM telah memenangi lima anugerah di Majlis Anugerah Buku Negara 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Lima anugerah yang diterima itu ialah Buku Mewah Terbaik, Buku Umum Popular (Kategori Biografi), Buku Umum Terbaik (Kategori Arkeologi), Buku Bahasa Etnik Terbaik dan Naskah Terbaik.

Buku Mewah Terbaik telah dimenangi oleh buku Flora Bakau Malaysia yang ditulis oleh Wan Juliana Wan Ahmad, Norhayati dan Abdul Latiff Mohamad, Buku Umum Popular (Kategori Biografi) adalah hasil penulisan Rokiah Talib dan buku Arkeologi di Malaysia: Dahulu dan kini yang memenangi kategori Buku Umum Terbaik (Kategori Arkeologi) ditulis oleh Asyaari Muhamad.

Kategori Buku Bahasa Etnik Terbaik telah dimenangi oleh Rahim Aman, Muhammad Nur Latif dan Shahidi A Hamid melalui buku berjudul Linguistik Bandingan Bahasa Iban manakala kategori Naskah terbaik telah dimenangi oleh buku berjudul Life in the Triangle: Tun Sakaran Marine Park and Sipadan Islan Park telah ditulis oleh Norhayati Ahmad, Gerry Goeden dan Jamili Nais.

Anugerah Buku Negara 2019 telah berlangsung bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan bermula dari 29 Mac hingga 7 April 2019.