UKM Perluaskan Kerjasama Pendidikan Tinggi Dengan Perguruan Swasta Indonesia

1
Oleh Tengku Nursharina Tengku Amri
Gambar oleh Ikhwan Hashim dan Izwan Azman

BANGI, 12 Oktober 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memperluas kerjasama dengan  Asosiasi Perguruan Tinggi Swasta Indonesia (APTISI), Wilayah VI Jawa Tengah melalui suatu Surat Hasrat (LOI)yang telah ditandatangani baru-baru ini.

Kerjasama ini akan memperlihatkan UKM menawarkan bidang pendidikan peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) khusus kepada deligasi Indonesia daripada 24 wakil APTISI yang menandatangani LOI tersebut.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, UKM sedang giat mengadakan aktiviti promosi ke Indonesia sebagai satu langkah untuk meningkatkan kerjasama dalam pendidikan tinggi terutamanya di peringkat Ijazah Sarjana dan PhD.

“Kerjasama yang terjalin antara UKM dan Indonesia telah bermula sejak awal penubuhan universiti ini dan pada tahun 2015, UKM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 16 Institusi Pendidikan Tinggi di Indonesia,” katanya pada majlis menandatangani LoI tersebut.

Tambah beliau, kerjasama ini akan memanfaatkan kedua belah pihak dari segi perkongsian kepakaran, penyelidikan dan penerbitan.ukmnewsportal-bm
3

2