UKM Universiti Tempatan Tunggal Menang Anugerah Tenaga ASEAN 2015
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi
KUALA LUMPUR, 7 Okt 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah satu-satunya universiti tempatan yang memenangi hadiah d Anugerah Tenaga ASEAN tahun 2015.
Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) UKM diisytiharkan pemenang bagi dengan projek stesen pangkalan telekomunikasi yang dijana oleh tenaga solar menggunakan sistem pengesanan cahaya maksimum yang menjejaki pergerakan matahari secara automatik.
Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar dan Pengarah SERI Prof Dato’ Dr Kamaruzzaman Sopian menerima anugerah tersebut pada majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-33 (AMEN) dan Makan Malam Anugerah Tenaga ASEAN, di sini malam ini.
SERI mengemukakan projek yang dikenali sebagai Modul PV dengan pengesanan maksimum cahaya (MLD) dengan menggunakan lapisan nipis tunggal Heterojunction intrinsik prestasi tinggi (hit) bagi sistem pengesanan solar untuk stesen pangkalan telekomunikasi.
Ini adalah tahun ketiga berturut-turut UKM diberi penghormatan pada anugerah Tenaga ASEAN, dengan SERI memenangi hadiah utama pada tahun 2014 dan 2013 bagi kategori sama, iaitu Penyerahan Khas.
Pada tahun 2014, SERI telah dianugerahkan hadiah pertama bagi projek venturi berbentuk menara pengudaraan semula dan pengumpul haba photovoltaic untuk rumah tenaga lestari, manakala pada tahun 2013 ia telah memenangi anugerah tertinggi bagi Hospital Hijau – Sistem Pemanas Solar Air Panas secara besar-besaran di Hospital UKM.
Tiga hadiah lain dibolot oleh syarikat-syarikat Malaysia, dengan TNB Energy Services Sdn Bhd muncul naib juara dalam kategori Bekalan Elektrik Tempatan untuk Sistem Solar Hibrid (SHS) 850 KW bagi kampung luar bandar di Gerik, Perak.
Dua hadiah, tempat pertama dan tempat ketiga, direbut oleh projek-projek Superspan Sdn Bid dan Renewable Power (RB) Sdn Bud, masing-masing bagi kategori Bekalan Elektrik Kebangsaan.
Projek Superspan ialah sebuah stesen tenaga yang menggunakan fotovolta Bangunan bersepadu (BIPV), bahan photovoltaic yang menggantikan bahan binaan konvensional di bahagian-bahagian atas bangunan seperti bumbung, jendela langit, dan depan, manakala syarikat RB yang menubuhkan sebuah stesen kuasa hidroelektrik .
Sebelum itu, Prof Kamarruzaman memberitahu Portal Berita UKM bahawa prinsip MLD adalah kaedah yang paling tepat, paling cepat dan paling berjimat untuk pengesanan tenaga siria ke arah titik cahaya maksimum.
“Apa yang penting di sini adalah bahawa hanya pergerakan yang menyebabkan peningkatan berterusan dijalankan,” katanya.
Ketika merasmikan majlis anugerah tersebut menteri Sumber Asli, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan semua negara anggota Asean bersetuju menerima pakai sasaran 23 peratus penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam campuran bahan api di rantau ini menjelang tahun 2025.
“Rancangan Malaysia ke-11 kami (RMK-11) akan membimbing aktiviti pembangunan di negara ini bagi tempoh lima tahun akan datang. Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen yang akan datang akan menjadi bajet pertama bagi RMK-11.
“Pertumbuhan ekonomi Negara dapat dicapai dengan meningkatkan produktiviti melalui kecekapan dalam penggunaan sumber asli, membuka pasaran baru untuk teknologi hijau, barangan dan perkhidmatan,” kata beliau dalam ucapannya.
Anugerah Tenaga ASEAN 2015 telah ditubuhkan pada tahun 2000 untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang tenaga.