Wanita Lebih Separuh Daripada Pelajar Baru Fakulti Perubatan

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Saiful Bahri Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 1 September 2015 – Kira-kira 220 pelajar telah ditawarkan tempat untuk tahun pertama di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2015/2016.

Daripada jumlah tersebut 138 telah ditawarkan tempat untuk menuntut bidang Perubatan, 40 untuk Kejururawatan, 18 untuk Perubatan Kecemasan, dan 24 untuk Perbidanan.

Pendaftaran bagi pengambilan baru dibuka di sini hari ini di fakulti dengan calon yang berjaya tiba untuk mendaftar masuk di kampus di Cheras.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat dan Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) daripada Pusat Perubatan UKM Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali hadir di tempat pendaftaran dan  menyambut pelajar baru serta keluarga yang mengiringi mereka.

Dato’ Dr Raymond berkata pendaftaran itu dibahagikan kepada dua fasa; satu pada waktu pagi untuk calon-calon dari Johor, Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan pada waktu petang untuk pelajar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Selepas pendaftaran ditutup pada jam 4:30 petang pelajar baru dibawa ke kolej kediaman mereka di mana mereka memulakan program rasmi  Minggu Mesra Mahasiswa dengan latihan fizikal diikuti dengan makan malam dan taklimat.

Berikut adalah pecahan pengambilan mahasiswa baru:

Bidang Lelaki Wanita
Perubatan 45 93
Kejururawatan   5 35
E-Med 16   2
Perbidanan  – 24
Jumlah 66 154

Fakulti Perubatan ditubuhkan pada tahun 1972, dengan pengambilan pertama 44 orang pelajar untuk latihan perubatan sarjana muda. Bilangan jabatan dan kekuatan akademik berkembang dengan pesat dalam tempoh yang singkat dan tidak lama selepas itu ia mengambil pelajar pasca siswazah, terutamanya dalam mata pelajaran bukan klinikal.

Pada tahun 1981 program latihan pakar perubatan tempatan pertama di negara ini telah dimulakan di Jabatan Pembedahan dan Jabatan Ortopedik, iaitu Sarjana Pembedahan (Pembedahan Am) dan Sarjana Pembedahan (Ortopedik).ukmnewsportal-bm

2

3

4