WAQFWORLD ILHAM UKM

1

Oleh Nastura Nasir
Foto Oleh Nastura Nasir

JAKARTA, 8 Ogos 2016 – Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Islam, (EKONIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memainkan peranan yang penting di dalam penubuhan WaqfWorld, suatu inisiatif untuk mengumpul hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk waqaf.

Idea tersebut telah dibentangkan oleh EKONIS sewaktu perbincangan meja bulat yang dianjurkan oleh Institut Latihan Penyelidikan Islam pada Januari yang lalu di Jeddah.

WaqfWorld ditubuhkan untuk pembangunan ummah sedunia. Selain itu, matlamat mereka adalah untuk menyalurkan bantuan kewangan bagi projek pembiayaan mikro Islamik, pendidikan atau pembangunan modal insan dan bantuan kemanusiaan.

Beberapa projek yang kini sedang dibiaya oleh Waqfworld adalah seperti, menyediakan enjin bot baru dan peralatan sonar moden, modal pinjaman perniagaan, perlepasan subsidi kadar rendah dan menyediakan modal perniagaan pertukangan dan ternakan.

Waqfworld telah dilancarkan di Forum Ekonomi Islam Sedunia yang ke-12 di Jakarta, baru-baru ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah pengasas dan penaung Waqfworld.ukmnewsportal-bm