Persembahan Konsert DiRaja Sungguh Berjaya
SABTU, 22 MEI 2010 00:00
Konsert DiRaja , salah satu aktiviti utama dalam Sambutan Ulang Tahun ke-40 UKM, yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) pada malam 22 Mei cukup berjaya dan amat amat membanggakan.
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Canselor UKM dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berangkat menghadiri konsert tersebut
Orkestra UKM dengan 60 pemuzik yang menjadi kebanggaan UKM telah menyampaikan persembahan mantap di hadapan 300 orang tetamu undangan termasuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Izzuddin Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Orkestra UKM dipimpin oleh Dato’ Johari Salleh dan Encik Mohamad Adzan Mohamad Fadzil. Konsert berkenaan telah menampilkan penyanyi terkenal tanahair Aishah dan Roy
Orkestra UKM yang ditubuhkan pada 2005, telah membuat persembahan utama pada awal tahun ini semasa pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Konsert tersebut turut dihadiri Menteri mentor UKM, Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad, Naib Canselor Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan pegawai-pegawai kanan UKM.