Malaysia mahu Hasilkan 48,000 Pemegang Ijazah PhD Menjelang 2020
Isnin, 06 Disember 2010 18:02
Oleh Shahfizal Musa
Foto oleh Saliman Leman
BANGI, 6 Dec. 2010 – Malaysia berhasrat menghasilkan 48,000 pemegang Ijazah PhD menjelang 2020 dan untuk itu telah pun memperuntukan RM 350 juta di bawah Rancangan Malaysia ke 10 sebagai sebahgian daripadanya.
Ia bertujuan menjadikan institusi pengajian tinggi negara setanding dengan institusi kelas antarabangsa, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Hou Kok Chung di sini hari ini.
Di bawah program yang dikenali sebagai MyPhD yang telah dilancarkan baru- baru ini, kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan promosi program PhD berganda di mana pelajar akan mendapat ijazah dari dua universiti, tempatan dan antarabangsa sekali gus.
Kementerian akan memperluaskan usaha dengan menyediakan dana kepada pemohon yang tidak terbatas kepada universiti awam dengan pelancaran tiga inisiatif baru di bawah program MyBrain 15, katanya.
Beliau telah berucap di upacara menandatangani Perjanjian Kerjasama Ijazah Kedoktoran berganda di antara UKM dan University of Duisburg-Essen Germany (UDEG) di sini hari ini.
Dr Hou berkata pada masa lalu faktor yang digunakan oleh kebanyakan universiti dalam negara untuk menarik pelajar asing adalah kos, tetapi persaingan kini semakin sengit di seluruh dunia dan universiti tempatan tidak lagi boleh bergantung pada faktor kos ini untuk menarik pelajar antarabangsa.
Kita perlu meyakinkan mereka terhadap kualiti pengajian yang mereka boleh perolehi dari universiti tempatan, katanya.
Satu jalan untuk kekal relevan dan menjadi institusi kelas dunia adalah dengan proses pengantarabangsaan. Kerjasama di antara UKM dan UDEG adalah satu contoh untuk menjadi dan mengekalkan kehadiran antarabangsa. Ia akan membolehkan para pelajar menerima ijazah dari kedua universiti sekali gus.
Dato’ Dr Hou memuji UKM kerana mempunyai pandangan jauh untuk mewujudkan kehadiran globalnya. Beliau juga mengucapkan syabas kepada UKM dan UDEG kerana pandangan jauh dan tindakan proaktif mereka.
“Saya berharap kerjasama ini akan memberi sumbangan yang besar kepada pelajar yang mengikuti program Ijazah berganda. Secara tidak langsung ini membantu kerajaan untuk mempromosikan program Ijazah kedoktoran berganda,” kata beliau.
Timbalan Naib Canselor, Dato’ Dr Ir Hassan Basri dan Timbalan Rector UDEG, Prof Dr. Ing. Habil Jorg Schroder menanda tangani perjanjian itu. Duta German ke Malaysia Dr Guenter Gruber hadir di upacara itu.