100 angkasawan dari 35 negara berhimpun di UKM 6-25 Oktober 2010

SELASA, 29 JUN 2010 07:36
Oleh Shahfizal Musa


BANGI, 28  Jun, 2010–   Universiti Kebangsaan Malaysia  akan menjadi tuan rumah kepada kira-kira 100 angkasawan dari 35 negara apabila mereka mendarat di sini untuk Kongres Cakerawala ke-23 Persatuan Peneroka Angkasalepas (ASE) Oktober depan. Tema tahun ini adalah “Sebuah Planet, Satu Harapan, Satu Masa depan”.

ASE dengan usahasama dengan Institut Sains Angkasa (Angkasa) UKM sedang menyiapkan butir-butir acara itu termasuk kegiatan untuk angkasawan berkenaan. Pengarah Angkasa, Prof. Dr Alauddin mohd Ali yang mengetuai projek itu memberitahu semua angkawasan itu akan berada di UKM selama sehari untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pelajar.

Empat orang daripada mereka akan menghabiskan sehari lagi di kampus untuk membolehkan orangramai bercampurgaul dengan mereka. Antara mereka adalah angkasawan Islam pertama, Putera Sultan Salman, anak buah Al-Malik Abdullah ibn Saud, Raja Arab Saudi.

Angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha yang juga ahli jawatankuasa eksekutif ASE berkata UKM dipilih kerana ia adalah universiti terkemuka di negara ini dalam penyelidikan dan pendidikan angkasa. UKM juga mempunyai keupayaan untuk mengendalikan acara yang gilang gemilang ini setelah menunjukkan minat positif dalam menjadi sebahagian daripadanya.

Turut hadir adalah Chris Hadfield presiden ASE yang juga rakyat Kanada pertama berjalan di angkasa lepas. Hadfield telah terbang dalam dua misi kapal angkasa, misi kapal angkasa ulangalik Atlantis ke stesen angkasa lepas Mir dan ke ISS menaiki Endeavor untuk memasang sebuah lengan robotik.

Perhimpunan ASE diadakan di tempat berlainan setiap tahun, Tahun ini Malaysia dipilih menjadi tempat kongres itu diadakan.