UKM Perbaharui Pakatan Dengan Persatuan Kriket Melayu
Oleh Norafandi Muhamad Zazli, Pelajar Pelatih Industeri UKM
Foto Shahiddan Saidi
PUTRAJAYA, 28 Feb. 2012- UKM malam tadi telah memperbaharui pakatannya dengan Persatuan Kriket Melayu Malaysia (PKMM) untuk memberi peluang kepada atlet negara melanjutkan pelajaran mereka dengannya.
Pakatan itu bermula pada 2007 melalui suatu perjanjian persefahaman antara UKM dan PKMM untuk melahirkan atlet negara yang cemerlang dalam bidang sukan serta akademik.
Perjanjian itu telah diperbaharui tahun ini dengan satu lagi MOU antara mereka. Ia ditanda tangani oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ir Dr Othman Abdul Karim dan Timbalan Yang Dipertua PKMM Tan Sri Dato’ Ir Dr Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dengan disaksikan oleh Pendaftar UKM Abdul Aziz Othman dan Naib Yang Dipertua PKMM, Dato’ Mir Shahariman Mir Shaharudin.
Upacara itu berlangsung sempena Majlis Anugerah Sukan UKM ke-22 di mana atletnya terdiri dari pelajar dan kakitangan, jurulatih serta pengurus pasukan diraikan di Pullman Hotel, di sini.
Mohd Shahrulnizam Mohd Yusof, atlet kriket telah dinobatkan sebagai olahragawan pelajar 2011. Tahun ini tiada pemenang bagi kategori olahragawati pelajar.
Mohd Muqlis Borhan dari sukan sepaktakraw diiktiraf sebagai olahragawan kakitangan 2011 manakala atlet ping pong NurulIzati@yati Abdulah mengungguli kategori olahragawati kakitangan 2011.
Kesemua atlet yang dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati telah membawa pulang sijil, Trofi Iringan dan Wang Tunai RM1000.
Pada majlis itu 25 orang pelajar dan seorang kakitangan UKM yang telah berjaya mewakili Malaysia dalam pelbagai jenis acara sukan diberikan insentif RM300 seorang.
Mereka adalah:
Bil | Nama | Acara |
1 | Rueben A/L ThyaparanKathipipilai | Bola Sepak |
2 | Ahmad Fadali b. Baharudin | Golf |
3 | Too Lap Weng | Taekwando |
4 | HweiYih Pang | Catur |
5 | Mohd Al- Ghazali | Basikal |
6 | NurfatinSyuhadabt. Abu Bakar | Sofbol |
7 | Ahmad Faiz bin Mohammad Noor | Kriket |
8 | Aliman bin Ahmad | |
9 | AsyrafNaim bin Mohd Sham | |
10 | MohamadHazrul bin Zainal | |
11 | MuhamadNikAzril bin Arifin | |
12 | MohdShahrulNizam bin MohdYusof | |
13 | MohdSyafiq bin Mohd Sharif | |
14 | Muhammad FaruqHakimin bin Azmi | |
15 | Muhammad Haziq bin Zainudin | |
16 | ZaidAsyraf bin Nor Azmi | |
17 | Adam bin Zulkifli | |
18 | Muhammad Adib bin AbdRahman | |
19 | MohamadFikriMakram bin Wan MohdRosdi | |
20 | MohdNazril bin AbdRahman | |
21 | Muhammad Faizal Abu Hassan | Kriket |
22 | MohdFitriSalim | Bola TamparPantai |
23 | KiewChiongUng | |
24 | Ng Kai Guan | Bola TamparDewan |
25 | CheohJiaMeng | |
26 | MohdMuqlisBorhan | SepakTakraw |
Atlet kurang upaya Azri Harun dari sukan boling padang telah menerima Anugerah Atlet Khas manakala Puan Kiftah Abdul Razak, Mantan Pengurus dan Atlet Bola Tampar Wanita diberi Anugerah Khas Sukan kerana sumbangan besarnya untuk membangunkan sukan di UKM.
Sijil, piala iringan dan wang tunai pemenang telah disampaikan oleh Pro-Canselor UKM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Naib Canselor Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Setiausaha Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Saharudin Hj Ismail turut hadir.