15 Orang Pelajar PERMATApintar Mendapat Tempat Di Universiti Ternama Amerika
Oleh Abd Razak Hussin
Foto Izwan Azman
BANGI, 14 Ogos 2012 – Seramai 15 orang pelajar Pusat PERMATApintar UKM berjaya mendapat tempat di beberapa universiti ternama di Amerika Syarikat melanjutkan pengajian dalam pelbagai jurusan yang terpilih dan diperlukan negara.
Kesemua mereka masih dalam usia 17 tahun akan memulakan pengajian ijazah pertama tahun ini. Ada yang sudah pun berangkat ke Amerika sejak 9 Ogos dengan yang terakhir bertolak pada 7 Sep nanti.
Mereka yang terdiri dari:
Crystal Iskandar dan Elena Zafrul yang akan mengikuti pengajian Matematik di University of Iowa,
Lee Yan Joe ke Brown University dalam bidang Biologi,
Nor Qhadijah Rohayati, Nur Elena Mat Nayan, Chan Jia Huei, Timothy Ho Zhen Wei dan G. Ashwin A. Ganesh dalam bidang Biologi dan Fizik di Rutgers University New Brunswick,
Amirul Fitri Zainol Abidin ke John Hopkins University dalam bidang Matematik,
Kevinraj Naggan Sukumar dalam bidang Fizik dan Khoo Jia Hui dalam Biologi di University of Wisconsin,
Vishal Kalyani Mukudan, Kong Yek Ching dan Kuhan Muniam dalam Biologi di University of California Los Angeles dan
Nur Syazana Natasha Hisham mengambil Kimia di University of California Davis.
Kesemua mereka memperolehi biasiswa dari dana program MyBrainSc Kementerian Pengajian Tinggi.
Kejayaan mereka mendapat tempat di universiti-universiti itu adalah hasil pencapaian cemerlang dalam peperiksaan TOEFL dan Scolastic Assessment Test 1 (SAT 1).
Beberapa orang diantara mereka telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin di pejabatnya hari ini.
Prof Sharifah Hapsah telah memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada mereka dengan menegaskan bahawa mereka membawa harapan seluruh rakyat Malaysia dan meminta mereka menjaga imej negara di perantauan.