UKM Menghulurkan Zakat Berjumlah RM16,200 Kepada Golongan Memerlukan
Oleh Nastura Nasir, PKK
BANGI, 15 Ogos 2012 – Tabung Amanah Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia telah menghulurkan sejumlah RM16,200 kepada pelajar miskin dan pelajar terbaik untuk membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi.
Sumbangan itu telah dismpaikan oleh Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dalam suatu majlis berbuka pusa sempena menghayati Nuzul Al-Quran Peringkat UKM di Masjid UKM di sini dua hari lalu.
Mereka yang menerima sumbangan zakat itu terdiri dari:
31 orang pelajar semester tiga Sesi 2011/2012 UKM (sebagai asnaf fakir dan miskin) berjumlah RM12,200 dari Dana Tabung Amanah Zakat UKM,
5 Orang Pelajar terbaik Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dan 5 Orang Pelajar terbaik Sekolah Menengah Agama Sungai Merab Luar sebanyak RM100 seorang dari Dana Tabung Amil Zakat UKM.
UKM juga telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada pelajar asnaf fakir dan asnaf miskin Sekolah Menengah Agama Sungai Merab Luar dari Dana Tabung Amil Zakat UKM.
Majlis dipenuhi solat Maghrib dan Isya’ serta Tarawih. Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ahmad Sayafiq bin Mat Razali diikuti Ceramah Nuzul al-Quran oleh Ustaz Dusuki Abd Rani juga telah berlangsung pada malam itu.