Biografi Mengenai Tan Sri Sharifah Hapsah Dilancarkan
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 23 Dis 2013 – Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan pelancaran buku riwayat hidup Naib Canselor Prof Tan Sri Dato’ Sri Dr Sharifah Habsah Hassan Shahabudin –Inspiring Futures di sini hari ini.
Buku Inspiring Futures ini adalah mengenai biografi Prof Sharifah Hapsah daripada seorang graduan perubatan yang menceburi pendidikan perubatan sehingga ke bidang profesional yang berkecimpung sehinggalah kepada kemuncak kerjaya sebagai Naib Canselor wanita pertama negara di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ia dikarang oleh Datuk Dr Rokiah Talib, penulis biografi dan pensyarah yang terkenal, dan diterbit oleh syarikat penerbit UKM.
Tuanku Muhriz, yang juga Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, bersama dengan Tuanku Aishah Rohani Tuanku Besar Mahmud dan Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti berkenaan melawat pameran yang disediakan. Selepas itu Prof Sharifah Hapsah menandatangani beberapa naskah terbitan tersebut.
Prof Sharifah Hapsah dilantik jawatan Naib Canselor UKM pada Ogos tahun 2006. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Akademi UKM dan Ketua Jabatan Pendidikan perubatan UKM.
Beliau juga adalah Pengerusi Projek Agenda Kritikal Governans dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi, Ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Permata, Ahli Majlis Penasihat Wanita Negara (MPWN), Ahli Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Ahli Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA NEGARA.
Prof Sharifah Hapsah juga pernah memegang jawatan Pengerusi dan CEO Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan bertanggungjawab menggubal akta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang mengambil alih peranan LAN.
Di peringkat antarabangsa pula, beliau adalah ahli pengasas Executive Board of the Association for Medical Education, WHO Western Pacific Region (AMEWPR) dan ahli Executive Board of Global Knowledge Partnership (GKP).Beliau juga adalah ahli Global University Network for Innovation and Asia Pacific (GUNI-AP) dan ahli Working Group on the Revision of the 1983 Regional Convention on Recognition of Studies, Diplomas and Degrees in Higher Education in Asia and the Pacific. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemandu Talloires Network of Engaged Universities.
Prof Sharifah Hapsah juga pernah dilantik sebagai Penolong Profesor di Baylor Medical College, Texas Medical Centre, Houston, USA dan Honorary Associate of the University of New England.
Beliau telah menerima banyak pengiktirafan antarabangsa dan kebangsaan, termasuk Pingat Peringatan Fred Kartz dan Majlis Kecemerlangan Pendidikan Jarak Anugerah (COL-ICDE).
Prof Sharifah Hapsah juga aktif di dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan. Beliau merupakan Presiden, National Council of Women’s Organisation (NCWO), iaitu NGO dan badan penasihat utama kepada kerajaan berkaitan isu-isu wanita dan gender. Beliau juga adalah Presiden Pengasas Malaysian Association for Education in the Medical and Health Sciences (MAEMHS) dan Timbalan Presiden pengasas, Majlis Aids Negara.