Persembahan Menakjubkan Di Konsert Diraja UKM 2013
Oleh Shahfizal Musa
Foto Shahiddan Saidi & Danial Norizzat Ashari
BANGI, 21 Feb 2013 – Konsert Diraja yang berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak (Dectar) sempena ulang tahun ke 65 keputeraan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir malam ini dipenuhi persembahan yang mempersonakan sepanjang acara.
Tuanku Muhriz juga telah dipersembahkan dengan kek hari lahir beliau. Tengku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani binti Almahrum Tengku Besar Mahmud turut mengiringi Tuanku Canselor.
Para penonton dihiburkan dengan pelbagai persembahan oleh warga UKM, artis undangan dan juga pelajar.
Mereka juga dihiburkan dengan persembahan oleh Putera Tuanku Muhriz’s, Tunku Zain Al-‘Abdin dan Chong Yew Boon bermain piano bersama membawa lagu klasik ‘Langer’ ciptaan Tchaikovsky.
Suatu lagi persembahan yang menghiburkan adalah dari pelajar PERMATAPintar yang mempersembahkan gabungan piano dan seruling lagu terkenal sepanjang zaman oleh M Sani dan P Ramlee ‘Engkau Laksana Bulan’ and ‘Yeh Lai Sang’ (Haruman malam) dengan.
Persembahan trio pelajar itu membuktikan mereka bukan hanya pelajar pintar tetapi turut dianugerahi bakat muzik yang mengkagumkan
Penonton turut juga dihidangkan dengan selingan muzik yang di persembahan oleh okestra UKM pimpinan pemuzik kebangsaan terkenal, Dato’ Dr Johari Salleh and konduktor, Mohamad Adzan Mohamad Fadzil.
Naib Canselor Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin sebelum itu telah menyampaikan ucapan aluannya melalui sebuah seloka dan pantun yang menghuraikan kemajuan yang dicakapi UKM selama ini.
Persembahan malam itu berlangsung dengan licin dan lancar berkat perancangan rapi oleh anggota kesemua 14 buah jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menentukan kelancarannya.
Turut hadir di upacara diraja tersebut adalah, para pengiring diraja, pegawai tertinggi Universiti, ahli akademik dan pelajar.