Pembahagian Masa Punca Kejayaan Pemenang Anjugerah Diraja
Oleh Nurul Haziqah Abdul Halim
Foto Ra’ai Osman
BANGI, 26 Okt 2013 – Pengurusan masa yang baik dan menyediakan perancangan terlebih dahulu boleh memastikan pembelajaran dan aktiviti kurikulum dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.
Penerima kedua Anugerah Diraja pada Majlis Konvokesyen, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini, Chin Chuin Hao berkata sistem masa itulah yang telah menjadi kunci kejayaannya semasa di UKM.
Anak bongsu daripada tiga adik-beradik, Chin adalah graduan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan kini bekerja di Favelle Farco Kren Malaysia Sdn Bhd.
Bapanya, Chin Chi Pan adalah seorang mekanik yang telah bersara manakala ibunya, Goh Beng Hong adalah seorang promoter di sebuah pasar raya. Chin berkata bapanya merupakan sebab utama beliau terpesona dengan perkara-perkara mekanikal.
“Bapa saya kini sudah bersara tetapi semasa saya kecil saya didedahkan kepada enjin, motor dan bahagian-bahagian mekanikal. Disitulah mulanya minat saya dengan kejuruteraan dan kenapa saya memilih untuk belajar kejuruteraan mekanikal,” jelas Chin .
Chin berkata bahawa kejuruteraan merupakan kursus sukar untuk dipelajari dan mudah gagal jika seseorang itu tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Dengan kajian dan aktiviti kurikulum, Chin membuat kaedah sendiri untuk melalui liku-liku kehidupan seorang pelajar universiti.
Chin membahagikan masa untuk kelas, masa semakan dan kerja kuliah, senaman, aktiviti kurikulum dan bersosial dengan rakan-rakan supaya dia boleh mengekalkan kawalan dan memberi tumpuan dalam apa-apa aktiviti yang dia lakukan.
“Saya lebih suka membuat perancangan awal dan menyimpan jadual, supaya saya boleh ingat semua kerja yang saya buat dan ada rekod apa yang saya lakukan jadi saya tidak hilang arah atau senang terganggu.”
Chin percaya semua pelajar universiti perlu bersungguh-sungguh dan inginkan ilmu dan pengetahuan mengenai segala perkara di sekeliling mereka. Pelajar juga tidak harus merasa pelajaran adalah satu bebanan tetapi perlu mempunyai sikap positif terhadap pelajaran kerana kalau tidak mereka tidak akan dapat menyerap dan menghargai sepenuhnya apa yang diajar.
“Orang kata pengetahuan adalah kuasa, jadi dengan pengetahuan dan kuasa kita perlu mengiatkan diri supaya sentiasa merendah diri dan tidak sombong seolah kita tahu semua. Kita mesti ingat ada ramai orang di luar sana yang mempunyai pengetahuan yang lebih baik daripada kita dan kita mesti berupaya untuk terus berlajar dan memperbaiki diri,” kata Chin.
Chin berkata dia telah dimaklumkan oleh pensyarahnya bahawa dia telah dipilih untuk menerima anugerah itu. Dia mengakui bahawa dia terlalu terkejut mengenainya dan telah segera memberi tahu ibu bapanya. Mereka sangat gembira dan mengucapkan tahniah kepada saya.
Beliau menganggap anugerah itu sebagai hadiah kepada keluarga, terutama kepada ibu bapanya.
Chin memberi penghargaan istimewa kepada Pensyarah dan penasihat projek beliau, Prof Dr Andanastuti Muchtar dari FKAB yang telah menjadi mentor yang hebat dan adalah salah seorang pensyarahnya yang telah banyak mengajarnya dalam pelbagai perkara.
Chin juga melahirkan ucapan terima kasih kepada rakan sebiliknya selama empat tahun di Kolej Keris Mas (KKM).