Sejumlah 522 Terima Ijazah PhD Dari UKM Tahun Ini
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 30 Oktober 2014 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah kepada 522 orang pelajar di konvokesyen mulai Sabtu ini.
Ini adalah jumlah graduan PhD yang teramai dikeluarkannya dalam setahun sejak penubuhannya.
UKM juga akan menyampaikan Ijazah Sarjana kepada 2,243 mahasiswanya yang merupakan jumlah teramai sehingga kini.
Selain itu seramai 6,266 pelajar UKM akan menerima ijazah masing-masing pada Konvokesyen ke-42nya selama empat hari hingga Selasa ini.
Antara mereka adalah sejumlah 570 mahasiswa dari Fakulti Sains dan Teknologi – iaitu jumlah terbesar dari satu fakulti – yang akan dikurniakan ijazah sarjana muda.
Fakulti Pengajian Islam memperlihatkan 528 pelajar, bilangan kedua terbesar – di ikuti Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan 525 mahsiswa.
Seramai 408 pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan juga akan menerima ijazah mereka kali ini dan 262 pelajar dari Fakulti Perubatan yang akan menerima ijazah MD mereka.
Berikut adalah senarai jumlah graduan bagi konvokesyen yang ke-42 ini.
GRADUAN 2014 (seperti pada 23 Oktober 2014)
BIL | FAKULTI/INSTITUT | DOKTOR FALSAFAH | SARJANA | DIPLOMA SISWAZAH | SARJANAMUDA |
1 | Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
7 |
128 |
– |
525 |
2 | Fakulti Farmasi |
1 |
35 |
92 |
|
3 | Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
71 |
153 |
226 |
|
4 | Fakulti Pendidikan |
63 |
228 |
116 |
|
5 | Fakulti Pengajian Islam |
30 |
98 |
44 |
528 |
6 | Fakulti Pergigian |
– |
10 |
42 |
|
7 | Fakulti Perubatan (Klinikal) |
– |
180 |
14 |
|
Fakulti Perubatan (Bukan Klinikal) |
29 |
110 |
|||
Fakulti Perubatan (Doktor Perubatan) |
262 |
||||
Fakulti Perubatan (Kejururawatan) |
43 |
||||
Fakulti Perubatan (Perubatan Kecemasan) |
– |
||||
8 | Fakulti Sains Kesihatan |
8 |
89 |
303 |
|
9 | Fakulti Sains dan Teknologi |
108 |
353 |
10 |
570 |
10 | Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
71 |
359 |
– |
408 |
11 | Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
36 |
109 |
239 |
|
12 | Fakulti Undang-Undang |
15 |
90 |
79 |
|
13 | UKM – GSB |
19 |
263 |
– |
– |
14 | Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
16 |
7 |
||
15 | Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI |
11 |
8 |
||
16 | Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) |
1 |
2 |
||
17 | Institut Informatik Visual (IVI) |
4 |
2 |
||
18 | Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
2 |
1 |
||
20 | Institut Kajian Etnik (KITA) |
3 |
– |
||
21 | Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) |
6 |
3 |
||
23 | Institut Kajian Perubahan Iklim (IKP) |
– |
2 |
||
25 | Institut Kejuruteraan Nano dan Elektronik (IMEN) |
7 |
4 |
||
26 | Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) |
8 |
3 |
||
27 | Institut Perubatan Biologi Molekul UKM (UMBI) |
2 |
3 |
||
29 | Institut Sel Fuel (SELFUEL) |
4 |
3 |
||
Jumlah |
522 |
2243 |
68 |
3433 |
|
6266 |