Kajian Undang-undang dan Penyelesaian Pertikaian
Kajian Kelompok ini menjurus kepada isu pengawalseliaan dan penyelesaian pertikaian dengan menggunakan undang-undang sebagai landasan. Tumpuan diberikan kepada:
- Impak Triti antarabangsa/serantau terhadap perundangan kebangsaan;
- Pengawalseliaan entiti perniagaan dari sudut perundangan; dan
- Memberi kesedaran mengenai isu-isu semasa perundangan dan perubahan undang-undang dan implikasi terhadap hak asasi.
Objektif kelompok ini ialah:
- Mengenalpasti cakupan penyelidikan yang boleh mengembangkan dan meningkat pemahaman isu berkaitan pengawalseliaan dan penyelesaian pertikaian dengan menggunakan undang-undang sebagai landasan;
- Menyediakan suasana yang kondusif untuk penyelidik menjalankan penyelidikan, termasuk bimbingan, sokongan penerbitan dan jaringan;
- Menetapkan sasaran pencapaian kluster yang akan membantu penyelidik untuk pembangunan akademik individu seterusnya UKM.
Kelompok ini dibahagikan kepada 3 program penyelidikan, seperti berikut: