Kanser dan Sel Stem

Kelompok Kanser dan Sel Stem mengumpulkan para penyelidik bagi bidang penyelidikan asas, translasi dan gunaan, di mana mereka berkerjasama untuk menjalankan penyelidikan tentang kanser dan sel-sel stem. Kedua-dua bidang penyelidikan ini adalah di antara bidang penyelidikan yang paling hangat di seluruh dunia pada masa kini. Saban tahun, beban bagi penyakit kanser adalah semakin meningkat. Di Malaysia, lebih daripada 40,000 kes baru didiagnosis setiap tahun. Cabaran bagi penyelidik adalah termasuk memahami biologi kanser, mencari penanda biologi yang baru untuk pengesanan awal dan ramalan kanser, dan juga mencari sasaran baru untuk terapi. Penyelidikan kanser adalah sangat berdaya saing dan berbilion-bilion ringgit telah disalurkan ke dalam penyelidikan ini di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan juga Eropah. Di dalam negara ini, jumlah dana adalah agak terhad, dengan itu penyelidik perlu fokus serta menghasilkan persoalan penyelidikan yang cenderung ke arah konteks tempatan, namun jawapannya boleh dikembangkan ke peringkat global. Hal ini memerlukan para saintis bekerjasama dengan pakar-pakar klinikal bagi menghasilkan persoalan penyelidikan yang relevan. Penyelidikan sel stem berkembang dengan pesat di Malaysia dan UKM merupakan salah satu institusi yang mempunyai sebilangan besar penyelidik dalam bidang ini. Oleh yang demikian, sel stem berpotensi untuk menghasilkan produk yang boleh membantu kita untuk membaiki dan menjana semula tisu-tisu serta organ yang mengalami kerosakan, dan ini merupakan fokus penyelidikan yang penting

KUMPULAN PENYELIDIKAN

a) Penanda biologi Kanser
Ketua Kumpulan: Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal

Ahli :

  • Profesor Datuk Dr A Rahman A Jamal
  • Profesor Dato’ Dr. Wan Zurinah Wan Ngah
  • Profesor Madya Dr. Roslan Harun
  • Profesor Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria
  • Profesor Madya Dr. Norfilza Mohd Mokhtar
  • Profesor Madya Dato’ Dr. Ismail Sagap
  • Dr. Neoh Hui Min
  • Dr. Azian Murad

b) Kanser Payudara

Ketua Kumpulan: Profesor Dr. Sharifah Noor Akmal

Ahli :

  • Profesor Dr. Sharifah Noor Akmal Syed Husain
  • Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal
  • Profesor Dr. Rohaizak Muhammad
  • Profesor Dr. Siti Aishah Mohd Ali
  • Profesor Madya Dato’ Dr. Fuad Ismail
  • Profesor Dr. Zarina Abd. Latif
  • Profesor Madya Dr. Norlia Abdullah
  • Dr. Nurismah Md Isa
  • Dr. Saladina Jaszle Jasmin

Ahli dari Institusi lain :

  • Dr. Aina Imran (Kementerian Kesihatan)

c) Sel Stem dan Leukemia

Ketua Kumpulan: Profesor Datin Dr. Noor Hamidah Hussin

Ahli :

  • Profesor Datin Dr. Noor Hamidah Hussin
  • Profesor Dr. Sharifah Noor Akmal Syed Hussain
  • Profesor Datuk Dr. A Rahman A Jamal
  • Profesor Madya Dr. Norfilza Mohd Mokhtar
  • Profesor Dr. Mohd Abdul Jamil bin Mohd Yassin
  • Profesor Dr. Syed Zulkifli Syed Zakaria
  • Profesor Dr. Mohd Hashim Omar
  • Profesor Madya Dr. Leong Chooi Fun
  • Profesor Madya Dr. Noraidah Masir