Objektif
- Mengembangkan dan memantapkan kumpulan penyelidikan di bawah setiap kelompok penyelidikan seterusnya membangunkan nic khusus yang akan mengukuhkan status UKM sebagai universiti penyelidikan.
- Menggalakkan kerjasama penyelidikan pelbagai disiplin.
- Mengukuhkan kelompok penyelidikan melalui perancangan strategik jangka panjang, serta untuk memastikan penyelidikan yang relevan dan terkini.
- Membangunkan kerjasama dan rangkaian penyelidikan dengan institusi tempatan dan antarabangsa.
- Melahirkan modal insan kelas pertama dalam penyelidikan melalui latihan dan pembangunan profesional.
- Memupuk budaya penyelidikan dengan mengfokuskan kepada menyediakan solusi bagi masalah tempatan dan global di dalam bidang perubatan serta penjagaan kesihatan.