Latar Belakang

Sebagai sebuah univerisiti penyelidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia  telah menetapkan  matlamat pencapaian  yang tertulis dalam Pelan Transformasi UKM (2008-2018).  Pada tahun 2007, UKM telah mengenalpastikan 8 nic penyelidikan untuk menggerakkan penyelidikan secara lebih sistematik dan terfokus.  Ahli akademik UKM bergerak dalam kumpulan dan kelompok bagi meningkatkan hasil penyelidikan yang telah didokumentasikan melalui Kerangka Penilaian Penyelidkan Universiti (KPPU) setiap tahun.  Melalui maklum balas ahli dan hasil penilian KPPU, pihak pengurusan UKM mendapati bahawa perlu wujudnya beberapa nic penyelidikan yang baru.

Pada 1 Mac 2013, satu mesyuarat bagi membincangkan pengurusan empat nic penyelidikan baru di UKM telah diadakan. Output utama  adalah penghasilan kertas dasar untuk setiap nic penyelidikan baru di UKM.  Ini adalah sejajar dengan keputusan MPU pada 27 Nov, 2012 yang telah meluluskan  empat nic baru urutan dari perbincangan  yang mengambil tempat di Sanggar pada 29-30Sept, 2012. Empat nic penyelidikan baru ialah:

  • Politik dan Keselamatan
  • Pendidikan  dan Peradaban
  • Transformasi Luar Bandar
  • Perdagangan dan Kewangan

Kertas dasar ini akan memerihalkan Nic Transformasi Luar Bandar dengan memerincikan tiga kelompok penyelidikan yang mempunyai tujahan tertentu untuk membolehkan ahli akademik di UKM menjalankan penyelidikan di dalam nic ini.