Pertandingan Debat Nuklear Antara Varsiti 2024

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN DEBAT NUKLEAR ANTARA VARSITI 2024, SEMPENA MINGGU SAINS NEGARA 2024

Pusat Penyelidikan Teknologi Nuklear (NUKLEAR), FST UKM berbesar hati ingin menjemput pasukan debat daripada universiti awam dan swasta untuk menyertai Pertandingan Debat Nuklear Antara Varsiti 2024 seperti butiran berikut:

Tarikh: 25 – 27 Jun 2024 (Selasa hingga Khamis)
Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi
Bahasa: Bahasa Melayu
Tema: Peranan Nuklear dan Al Memacu Masa Depan

Yuran: RM 250 per universiti

Setiap universiti boleh mendaftar satu sahaja pasukan. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: https://forms.gle/Coerhuk6APMCwLXq7

Tarikh akhir bagi mengesahkan penyertaan adalah pada 27 Mei 2024.