Justifikasi penubuhan
- UKM mempunyai kumpulan pakar dalam pelbagai bidang nuklear.
- UKM telah menawarkan program akademik dalam bidang Sains Nuklear sejak tahun 1972.
- Negara memerlukan satu pusat akademik di peringkat pasca-siswazah dalam bidang nuklear.
- Mengeratkan kerjasama dengan agensi dalam dan luar negara.
- Menyerlahkan penyelidikan nuklear ke serata dunia.
- Membida dana antarabangsa berkaitan dengan penyelidikan nuklear.
- Bidang nuklear merangkumi kajian perundangan antarabangsa.
- Kajian peranan tenaga nuklear dalam mengurangkan pemanasan global.
- Mengendalikan Summer School berasama KAIST dan KINS, Winter School bersama Bourdeaux University, Spring School bersama University of Tokyo –TITech.
- Program latihan serantau keselamatan, sekuriti dan kawalguna nuklear bersama ESRADA dan IAEA.
- Sebagai wahana transformasi membangunkan kerjasama dengan agensi dalam dan luar negara.
- Menyerlahkan imej FST dan UKM di peringkat negara dan global.