Majlis Makan Malam Tahunan Jabatan Oftalmologi 2018

Majlis makan malam tahunan Jabatan Oftalmologi telah berlangsung pada 10 Ogos 2018, bertempat di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya. Majlis makan malam yang gilang-gemilang bertemakan Retro Wave ini telah dihadiri oleh 121 orang termasuk Ketua Jabatan Oftalmologi, para pensyarah dan kakitangan Jabatan Oftalmologi.

Majlis bermula pada jam 8.30 malam dengan ucapan alu-aluan dari Pengarah Program, Dr. Ainal Adlin Naffi, disusuli dengan ucapan mantan Ketua Jabatan Oftalmologi, Prof Madya Dr. Jemaima Che Hamzah dan ucapan Ketua Jabatan Oftalmologi yang baru, Prof. Madya Dr. Norshamsiah Md Din. Hadirin dihiburkan dengan persembahan magik dan persembahan daripada kakitangan Jabatan Oftalmologi sepanjang makan malam berlangsung.

Majlis bersurai pada jam 11.00 malam.