UKM menganjurkan Conjoint Ophthalmology Scientific Conference (COSC) 2018

Pada 14 hingga 16 September 2018 yang lalu, Jabatan Oftalmologi Pusat Perubatan UKM telah menganjurkan persidangan Conjoint Ophthalmology Scientific Conference (COSC) 2018 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Persidangan ini diadakan setiap tahun dan pada tahun ini UKM terpilih menjadi tuan rumah dan Dr Safinaz Mohd Khialdin telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur .Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Pro Naib Canselor UKM Kampus Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal yang turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy. Tema persidangan kali ini adalah Sailing the Stormy Seas: Managing Complications in Ocular Surgery . Seramai lebih dari 600 orang delegasi dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Hong Kong dan juga Australia turut hadir di persidangan ini.

Beberapa pertandingan seperti Pembentangan Oral & Poster, Pertandingan Fotografi dan kuiz intervarsiti turut diadakan. UKM juga telah menggondol bebrapa anugerah bagi kategori Pembentangan Oral dan Poster terbaik.

Syabas dan tahniah diucapkan!