Bengkel Penulisan Buku Siri 3: “Eye Made Easy: Surviving Ophthalmology”
Pada 4 Januari 2019 yang lalu, Jabatan Oftalmologi dengan kerjasama Persatuan Kumpulan Penyelidikan Oftalmologi UKM telah menganjurkan bengkel penulisan buku “Eye Made Easy: Surviving Ophthalmology” yang diadakan di Hotel Pullman, Putrajaya. Bengkel ini dihadiri oleh semua pensyarah, pensyarah pelatih, pegawai dan pembantu penyelidik yang turut terlibat dalam penghasilan buku tersebut.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melengkapkan penulisan buku akademik di dalam bidang oftalmologi. Selain dapat menambahkan kemahiran dalam penulisan ilmiah, setiap peserta juga dapat berbincang berkenaan kaedah dan teknik terkini dalam bidang ilmu oftalmologi. Buku ini amat berguna terutamanya bagi rujukan pelajar perubatan dan juga general practitioner di negara ini.