MoU: UKM – Royal Australia and New Zealand College of Ophthalmology (RANZCO) di dalam bidang Oftalmologi

Pada 7 Mac 2019 yang lalu, Jabatan Oftalmologi UKM telah menandatangani MoU dengan Royal Australia and New Zealand College of Ophthalmology (RANZCO) di Queen Sirkit National  Convention Center, Bangkok Thailand. Dokumen telah ditandatangani oleh Dr. Justin Mora,  Censor-in-Chief The Royal Australian and New Zealand College of Ophthalmologist sambil di perhatikan oleh Associate Prof. Heather Mack. Di pihak UKM, MoU ditandatangani oleh Naib Canselor dan disaksikan oleh Dekan Fakulti Perubatan. 

MoU tersebut bersetuju supaya UKM dan RANZCO akan bekerjasama untuk menguatkan dan membentuk kerjasama dalam kecemerlangan akademik dan penyelidikan.