Khidmat Komuniti di Kemaman, Terengganu

Pada 20 Julai 2019 yang lalu, Jabatan Oftalmologi UKM telah bekerjasama bersama Malaysian Society of Ophthalmology mengadakan program khidmat masyarakat di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas (KGRP), Kertih, Kemaman Terengganu. Program melibatkan hampir 300 orang awam dengan pemeriksaan mata secara percuma.

Objektif program ini adalah untuk mengenal pasti masalah penglihatan di peringkat yang boleh dirawat, memberikan pendidikan dan memberikan rujukan kepada pusat referal Oftalmologi yang komprehensif jika perlu. Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Vitreo-retina, Prof. Madya Dr. Mushawiahti Mustapha dan beberapa orang Pegawai Perubatan dari Jabatan Oftalmologi turut turun padang memberikan khidmat saringan penglihatan kepada peserta yang hadir.