Khidmat Komuniti: Wangsa Maju Kuala Lumpur

 

Pada 5 – 6 Oktober 2019 yang lalu, Jabatan Oftalmologi UKM telah bekerjasama bersama Program Optometri & Sains Penglihatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM mengadakan program khidmat masyarakat di Taman Melati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Program melibatkan orang awam dengan pemeriksaan mata secara percuma.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mata percuma kepada penduduk setempat secara percuma dan juga untuk memberi pendedahan kepada pelajar program optometri berkaitan khidmat kepada masyarakat.

Program ini diadakan di Dewan orang Ramai, Blok D, Taman Melati, Wangsa maju, Kuala Lumpur dengan penyertaan hampir 300 orang penduduk di kawasan berhampiran.