Jabatan Oftalmologi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Hari e-Inovasi Fakulti Perubatan 2021

 

SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN

  1. Setiap jabatan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu projek inovasi. Inovasi boleh dihasilkan secara berkumpulan (3-5 orang).
  2. Inovasi yang dihasilkan/disembahkan adalah ciptaan/pembaharuan yang dibuat pada tahun berkenaan (inovasi 2021).
  3. Hasil Inovasi boleh merangkumi idea baru atau apa-apa penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja daripada amalan sedia ada yang akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.
  4. Hasil inovasi harus mempunyai faedah lain yang jelas (jika ada) seperti peningkatan produktiviti, penjimatan masa dan lain-lain.
  5. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan direkodkan di dalam E-spel dan pengiktirafan akan diberi kepada pemenang (hadiah dan sijil untuk Emas, Perak dan Gangsa serta sijil untuk semua peserta)

Borang yang telah lengkap beserta bukti pembayaran penyertaan hendaklah dikembalikan selewatnya-lewatnya sebelum atau pada 30 Jun 2021, ke

Urusetia Pendaftaran:

Puan Fariha Aida binti Azman
Tel: 03-91455982,
Emel: fariha.aida.azman@ppukm.ukm.edu.my

Puan Normal Azrina Jamaludin
Tel: 03-91455998
Emel: normal.azrina@ppukm.ukm.edu.my

*Kegagalan mengisi borang penyertaan dengan betul dan kegagalan mematuhi syarat-syarat pertandingan boleh menyebabkan permohonan terbatal.*