Bengkel Halatuju Jabatan Oftalmologi 2023
Pada 12 -13 Mei 2023 yang lalu, Jabatan Oftalmologi UKM telah mengadakan Bengkel Halatuju Jabatan Oftalmologi di Hotel Tenera, Bangi Selangor. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membincangkan halatuju jabatan merangkumi pelbagai kategori seperti akademik, klinikal, perkhidmatan, penyelidikan, penerbitan seiring dengan visi dan misi UKM khasnya dan HCTM amnya. Antara objektif bengkel ini adalah untuk memberi kefahaman tentang hala tuju dan pelaksanaan pengurusan di samping meningkatkan kerjasama antara staf yang berlainan skop tugas.
Peserta bengkel adalah terdiri daripada kakitangan Jabatan Oftalmologi yang terdiri daripada pensyarah, pensyarah pelatih, pegawai optometri, pegawai penyelidik, pembantu penyelidik, staf jabatan dan jururawat. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 33 orang.