Sambutan World Sight Day 2016 Peringkat PPUKM
Pada 8 Oktober 2016 yang lalu, telah diadakan sambutan World Sight Day 2016 Peringkat PPUKM yang dianjurkan oleh Jabatan Oftalmologi PPUKM. Program bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari di Ruang Galeri dan Dewan Kuliah 1. Program bertujuan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan mata dan penjagaan penglihatan. Aktiviti yang telah dijalankan termasuklah saringan mata secara percuma dan ceramah umum kesihatan mata.