Sambutan Hari Glaukoma Sedunia 2017

Pada 14 Mac 2017 yang lalu, Jabatan Oftalmologi dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan PPUKM dan HEJIM telah mengadakan Program Hari Glaukoma Sedunia yang diadakan di Bangunan Pusanika UKM Bangi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah (Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat UKM). Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah program saringan penyakit glaukoma, ceramah oleh pensyarah dan juga jururawat dan juga pameran. Terdapat juga kaunter bagi pemeriksaan umum kesihatan seperti tekanan darah, bacaan glukos darah dan juga khidmat kaunseling pemakanan. Seramai hampir 350 orang kakitangan dan pelajar UKM telah menjalani ujian saringan mata dan diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penyakit mata khususnya glaukoma supaya pencegahan awal dapat dilakukan.DSC_0055 DSC_0059 DSC_0061
DSC_0064 DSC_0066 DSC_0070 DSC_0071 DSC_0078 DSC_0093 DSC_0101 DSC_0107 DSC_0109 DSC_0114 DSC_0120 DSC_0129 DSC_0134 DSC_0138 DSC_0140 DSC_0142 DSC_0151 DSC_0155 DSC_0156 DSC_0162 DSC_0171