Bengkel Elektrofisiologi 2018

Pada 6 & 7 Disember 2018 yang lepas, telah berlangsung Bengkel Elektrofisiologi di Klinik Oftalmologi, PPUKM. Matlamat praktikal ujian ERG/ VEP/ MFERG /EOG ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Optometri & Penolong Pegawai Sains Perubatan dalam mengendalikan tatacara ujian dan pengendalian pesakit ERG mengikut prosedur yang betul dan seterusnya memperolehi keputusan yang tepat dan memuaskan. Jabatan telah menjemput Mrs. Liz Yong Siew Yen dari Mandarin Opto- Medic, Singapore.

 Seorang penceramah jemputan juga dijemput untuk memberikan input berkenaan ERG yang disampaikan oleh En. Muhamad Syukri Bin Mohammad berkenaan ‘Electrophysiology In Vision’.