Bengkel Penulisan Geran Penyelidikan Siri 1/2019
Pada 11 Januari 2019, Jabatan Oftalmologi PPUKM dengan kerjasama Persatuan Kumpulan Penyelidikan Oftalmologi UKM telah menganjurkan bengkel penulisan geran penyelidikan yang pertama untuk tahun 2019. Bengkel tersebut telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Bengkel yang dijalankan sepenuh hari ini dihadiri oleh semua pensyarah, pensyarah pelatih, pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan pegawai optometri.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah mendapatakan idea dan topik geran penyelidikan yang ingin dipohon oleh pensyarah-pensyarah di Jabatan pada tahun 2019..
Pada bengkel kali ini, kami telah menjemput dua tetamu untuk sesi perkongsian di sesi pagi. Prof. Datuk Dr Rokiah Omar, Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UKM telah memberi dua perkongsian yang bertajuk ‘Successful Research Grant Application – My Journey’ dan ‘Tips Permohonan Geran Penyelidikan Okular’. Dua syarahan tersebut adalah untuk memberi pencerahan berkaitan perjalanan untuk mendapatkan sesebuah geran yang ditawarkan oleh di peringkat kampus, kebangsaan mahupun antarabangsa. Manakala Encik Syazwan Sharif , Pegawai Pusat Inovasi Kolaboratif UKM telah menyampaikan taklimat tentang geran-geran penyelidikan yang di bawah tadbir urus PIK. Pada sebelah petang, sesi diteruskan oleh pembentangan kajian kepustakaan berkenaan kajian-kajian semasa yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik di dunia di dalam tiga bidang iaitu Diabetic Retinopathy, Normal Tension Glaucoma dan Age-related Macula Degeneration yang dibentangkan oleh pembantu penyelidik RIG. Kemudian setiap ahli berpecah mengikut kumpulan kecil dan sesi brainstorming di jalankan dan diikuti oleh pembentangan.
Diharapkan bengkel ini akan dapat meningkatkan kualiti proposal penyelidikan dan seterusnya Jabatan akan memperoleh beberapa geran penyelidikan bagi terus memacu aktiviti penyelidikan di Jabatan dan UKM.